LIMBANG: Ingatkan batang kayu, rupanya sang bedal, itu insiden yang mengejutkan para penduduk terutama pekerja-pekerja Pengangkutan Seri Cahaya Indera Kota Feri Limbang petang Jumaat dengan kelibat seekor buaya bersantai di tebingan sungai berkenaan.
Insiden tersebut membuatkan pekerja-pekerja feri berkenaan yang hendak mendaratkan feri terbabit terkejut dengan aksi sang bedal yang berjemur di daratan.
“Adeh orang nak landing (mendarat) kau (buaya) parkir pula,lari,lari,lari (pergi),” sergah pekerja feri terbabit.
Video berdurasi 27 saat merakamkan seekor buaya berada di daratan berhampiran feri Kampung Gadong tular di media sosial, sejak Jumaat.
Sementara itu Pengurus Syarikat berkenaan Omarsedi memberitahu Utusan Borneo hari ini mengenai kemunculan sang bedal itu disedari jam 2.45 petang Jumaat.
“Kehadiran sang bedal itu disedari pekerja-pekerja feri yang hendak mendaratkan feri ke ke kawasan tebing sungai.
“Buaya yang menyedari bunyi feri kami segera masuk ke dalam sungai,”katanya lagi.