Anda di sini

Pusat Khidmat Chiew agih bantuan makanan kepada 50 keluarga di Kampung Muhibbah

Advertisement
Chiew (dua kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah sebuah keluarga di Kampung Muhibbah Kuala Baram pada Jumaat.
Chiew (dua kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah sebuah keluarga di Kampung Muhibbah Kuala Baram pada Jumaat.

MIRI: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri mengagihkan sumbangan makanan kepada 50 keluarga di Kampung Muhibbah Kuala Baram. 

Pek makanan mengandungi beras, minyak masak, biskut, tepung dan makanan lain disampaikan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man. 

"Ketika kita gembira meraikan perayaan, jangan lupa berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan," jelasnya. 

Menurut Chiew, penerima terdiri dari kalangan golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan pihak lain yang layak. 

Beliau berkata, aktiviti turut diadakan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan dirancang diadakan pada hari perayaan lain. 

"Kita  juga merancang untuk mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan pada bulan puasa kelak," tambahnya. 
 

  • oleh
  • Advertisement