Anda di sini

Pemimpin setempat turun padang tinjau sungai terhakis, jalan raya dan sawah padi rosak

Advertisement
 Beginilah keadaan jalan raya yang rosak akibat hakisan tebing sungai ekoran banjir.
BAHAYA: Beginilah keadaan jalan raya yang rosak akibat hakisan tebing sungai ekoran banjir.



KENINGAU: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lepas telah mengakibatkan beberapa batang sungai terhakis yang pada masa sama turut merosakkan beberapa jalan raya serta sawah padi dan kebun penduduk kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.


Ekoran kejadian itu, pemimpin setempat iaitu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Liawan, Adzra Addy Jasni, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Keningau ditemani penduduk kampung turun meninjau ke lokasi yang terjejas bagi melihat sendiri keadaan tersebut.


Fred ketika ditemui memberitahu, beliau sendiri bersama CDO dan Pegawai JPS melakukan tinjauan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai punca sebenar banjir tersebut dan sekaligus mengenal pasti secara lebih dekat.


Katanya dengan melaksanakan turun padang, beliau dapat melihat situasi itu dengan lebih terperinci sekaligus mencari jalan penyelesaian terbaik menangani masalah itu di kawasan yang terjejas bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang sehingga menyebabkan kerugian dan ketidakselesaan kepada penduduk kampung terlibat.

 Beginilah salah satu kawasan sawah padi yang rosak akibat limpahan air banjir akibat hujan yang berterusan beberapa hari lepas.
JEJAS: Beginilah salah satu kawasan sawah padi yang rosak akibat limpahan air banjir akibat hujan yang berterusan beberapa hari lepas.
  • oleh
  • Advertisement