Anda di sini

MRSM Ranau dijangka siap September depan

Advertisement
 Bangunan MRSM Ranau yang sudah 95 peratus untuk disiapkan.
PROJEK: Bangunan MRSM Ranau yang sudah 95 peratus untuk disiapkan.

RANAU: Bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau dijangka akan diserahkan kepada kerajaan pada bulan September tahun ini.

Projek ditapak tanah berkeluasan 30 ekar bersebelahan Kompleks Sukan Ranau kini sudah mencapai 95 peratus untuk disiapkan.

Setelah bangunan MRSM itu siap kelak, ia akan menjadi gedung ilmu kepada pelajar di daerah ini dan kawasan bahagian pendalaman.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai bersama Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani;  Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Ruhimin serta Deligasi PETRONAS telah melawat tapak tersebut.

  • oleh
  • Advertisement