Anda di sini

Maritim Malaysia rampas rokok seludup bernilai RM18,000

Advertisement
 Semua rokok kretek yang dirampas diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
RAMPAS: Semua rokok kretek yang dirampas diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas rokok bernilai RM18,000 cuba diseludup masuk dari negara negara, di Jeti CIQ, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, pasukan Maritim Malaysia turut menahan seorang lelaki dan wanita disyaki terlibat dalam aktiviti menyeludup masuk rokok berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, rampasan tersebut dibuat selepas menerima maklumat risikan mengenai aktiviti tersebut.

Katanya, sebuah bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak bagi mengesan dan menahan bot serta suspek yang terlibat.

“Bot penumpang terbabit dipercayai bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke daerah ini untuk  membawa rokok tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati seorang juragan lelaki tempatan berumur 33 tahun bersama penumpang wanita warga asing berumur 48 tahun berada di dalam bot tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut berjaya menemukan sebanyak 28,000 batang rokok kretek yang disembunyikan di dalam guni berisi muatan pisang dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Kedua-dua suspek terbabit ditahan dan barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot berserta enjin dianggarkan berjumlah RM43,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Shahrizan berkata, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan di daerah ini.

“Aset-aset ronda sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon MaritimTawau di talian 089750116 atau MERS 999,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement