Anda di sini

Lelaki menyamar penjawat awam dan mencuri dicekup

Advertisement
 

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu menangkap seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyamar sebagai penjawat awam dan mencuri di sebuah kedai makan di kawasan Jalan Sibiyu Utama North South Road, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, hasil maklumat serta risikan, suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati beliau positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," jelasnya.

Kes ini katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) yang mana suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan berserta denda jika sabit kesalahan.

Katanya, bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan, kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952 yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM5 000 atau penjara tidak lebih dua tahun berserta pengawasan selama dua tahun.

"Tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mencegah jenayah dan penyalahgunaan dadah di daerah Bintulu yang mana usaha akan diteruskan bagi membanteras kegiatan jenayah di Bintulu," tambahnya.
 

  • oleh
  • Advertisement