Anda di sini

Lelaki kurang siuman didakwa cuba bunuh diri

Advertisement
 Mangsa berada di tepi tingkap semasa ketibaan pasukan Bomba di lokasi.
SELAMAT: Mangsa berada di tepi tingkap semasa ketibaan pasukan Bomba di lokasi.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa cuba membunuh diri di sebuah bangunan penginapan di Jalan Kampung Air di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.30 malam.

Katanya sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu kemudiannya digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi penyelamatan.

“Semasa ketibaan di lokasi, pasukan Bomba bagaimanapun tidak mengesan sebarang cubaan membunuh diri sebaliknya mangsa yang kurang siuman terbabit hanya berdiri di tepi tingkap bangunan.

“Pasukan Bomba kemudiannya membawa mangsa berumur 40-an itu ke bahagian bawah bangunan,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.48 selepas keadaan di lokasi selamat.

  • oleh
  • Advertisement