Anda di sini

Lelaki dikhuatiri lemas semasa pergi ke tempat kerja

Advertisement
Operasi SAR mangsa di sekitar Sungai Sebiew petang Sabtu.
Operasi SAR mangsa di sekitar Sungai Sebiew petang Sabtu.

BINTULU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sebiew semasa turun kerja pada petang Jumaat, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad.

Menurut beliau, mangsa yang dikenali sebagai Billy Mathew, 20, dikatakan keluar rumah untuk bekerja sekitar jam 2 petang dan tidak balik rumah sampai sekarang.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa, ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis sebelum menghubungi pihak bomba pada jam 2.25 petang Sabtu bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Pada hari pertama SAR, pasukan bomba menggunakan teknik pencarian secara permukaan dengan kawasan radius pencarian sehingga dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB)," ujarnya.

Turut serta dalam usaha SAR hari ini ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

SAR hari ini katanya, ditamatkan pada 3.15 petang dan akan disambung semula di hari kedua awal pagi esok.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah dengan memakai baju merah dan seluar hitam.
 

  • oleh
  • Advertisement