Anda di sini

Lelaki AS ditangkap merosakkan gereja di Kota Lama Baitulmuqaddis

Advertisement
 

BAITULMUQADDIS: Polis Israel kelmarin mengesahkan penahanan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan merosakkan sebuah gereja yang terletak dalam laluan utama penziarahan jemaah di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Suspek ditahan selepas patung kayu Yesus ditarik dan rosak di Church of the Condemntion, di mana orang Kristian percaya Yesus telah didera dan dihukum mati.

“Suspek yang ditangkap ialah seorang pelancong AS berusia dalam linkungan 40-an, yang merosakkan dan memecahkan patung di gereja,” kata satu kenyataan daripada polis, sambil menambah bahawa kesihatan mental lelaki itu sedang dinilai.

Jurucakap kedutaan AS di Baitulmuqaddis tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Majid al-Rishq, pengawal keselamatan yang menahan tertuduh, menyifatkannya sebagai seorang lelaki Yahudi bersenjatakan tukul.

“Dia mula memukul patung Kristus di Church of the Condemntion. Saya berjaya menangkapnya dan menariknya keluar, tetapi dia menjatuhkan patung itu dan memecahkannya,” kata Rishq.

Patung kayu itu dibawa dari Sepanyol ke Baitulmuqaddis pada 1912, kata Eugenio Alliata, pengarah Muzium Arkeologi SBF, yang mengumpul artifak dari Tanah Suci itu.

Kota Lama terletak di timur Baitulmuqaddis yang dituntut Israel dan menempatkan tapak suci bagi orang Kristian, Yahudi dan Islam.

Gereja Church of the Condemntion terletak di Via Dolorosa, dan orang Kristian percaya ia menandakan jalan yang diambil oleh Yesus sebelum disalib di kota suci.

Jemaah dari seluruh dunia berjalan kaki dari Gereja Church of the Condemntion, berhenti untuk berdoa dan menyanyi di sepanjang jalan sebelum sampai ke tapak penyaliban dan pengebumian Yesus di Gereja Holy Sepulchre. — AFP

Advertisement