Anda di sini

CelcomDigi komited untuk memacu akses mampu milik merentasi semua segmen

Advertisement
 

KUCHING: CelcomDigi menyokong aspirasi kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup, terutamanya perkhidmatan Internet bagi masyarakat yang kurang berkemampuan.

Menurut kenyataan hari ini, sasaran CelcomDigi adalah golongan B40, warga emas, OKU, veteran tentera-polis melalui Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang baru diumumkan.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan pakej tersebut sebagai inisiatif yang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup rakyat.

Pada masa sama, menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga hanya RM69 sebulan.

Sejajar dengan aspirasi CelcomDigi untuk memacu akses mampu milik merentasi semua segmen dan lapisan masyarakat, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kementerian untuk mengumumkan tawaran ini tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan dan pakej mampu milik Celcom dan Digi, sila layari www.celcom.com.my dan www.digi.com.my.
 

Advertisement