Anda di sini

35 usahawan Sri Aman sertai program 'Car Boot Sale 2.0' 

Advertisement
Norazah (kanan) meninjau usahawan yang menyertai program berkenaan.
Norazah (kanan) meninjau usahawan yang menyertai program berkenaan.

SRI AMAN: Seramai 35 usahawan tempatan mengambil bahagian dalam program 'Car Boot Sale 2.0' yang bermula dari Jumaat hingga esok.

Program itu adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dan Jawatankuasa Belia dan Usahawan Car Boot Sale 2.0 Sri Aman dan berlangsung di pekarangan letak kereta Hotel BME, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Norazah Awang Sohor pada majlis ringkas perasmian program itu berkata, ia adalah kesinambungan daripada program sama yang dianjurkan pada bulan lepas di lokasi sama.

Menurutnya, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada usahawan di Sri Aman serta penduduk tempatan, maka program itu dianjurkan buat kali kedua.

"Terima kasih diucapkan kepada penduduk Sri Aman yang berkunjung dan memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan kita yang berniaga di sini," ujarnya.

Program tiga hari itu bermula jam 4.30 petang hingga 10.30 malam.
 

  • oleh
  • Advertisement