Anda di sini

1.154 juta hektar NCR disukat setakat 31 Jan

Advertisement
Abdullah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Tanah dan Survei di BCCK, di sini pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon
Abdullah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Tanah dan Survei di BCCK, di sini pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah menyukat seluas 1.154 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) secara kumulatif setakat 31 Januari lepas.

Pengarah JTS Sarawak Datuk Abdullah Julaihi berkata, pada tahun lalu , seluas 77,993 hektar tanah juga telah diukur merangkumi keluasan 22,627.58 kilometer (km).

Menurutnya, keluasan tanah yang diukur tersebut melibatkan pelbagai projek infrastruktur di negeri ini.

"Ia adalah projek-projek infrastruktur jalan raya, jajaran bekalan elektrik dan air, jajaran transit kereta api autonomi (ART) serta pewujudan tapak menara-menara komunikasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam JTS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Jumaat.

Acara makan malam itu disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun.

Pada majlis tersebut, Abang Johari menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JTS dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Mengenai MoU tersebut, ia bertujuan untuk untuk perkongsian maklumat atau data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter bagi menghasilkan peta litupan tanah terkini serta informasi lain.

Mengenai skim pembesaran kampung (SPK) dan skim pembesaran semula (SPS), Abdullah mendedahkan sebanyak 17 SPS dan SPK telah diluluskan pada tahun lalu.

"Ia dianggarkan dengan 2,328 lot kediaman yang dilaksanakan menerusi projek rakyat dengan dana berjumlah RM435 juta.

"Bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak 61 SPK dan SPS diangagrkan 7,100 lot kediaman diluluskan untuk pelaksanaan yang membabitkan jumlah RM954 juta," katanya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement