Anda di sini

Tiga maut, 32 cedera dalam kebakaran di hospital Mesir

Advertisement
Sebuah ambulans meninggalkan hospital al-Noor al-Mohammadi di Kaherah kelmarin selepas kebakaran meletus. — Gambar AFP
Sebuah ambulans meninggalkan hospital al-Noor al-Mohammadi di Kaherah kelmarin selepas kebakaran meletus. — Gambar AFP

KAHERAH: Kebakaran yang meletus di sebuah hospital di utara Kaherah kelmarin telah meragut nyawa tiga orang dan mencederakan 32 yang lain, kata kementerian kesihatan Mesir.

“Kebakaran bermula di wad radiologi di sebuah hospital yang dikendalikan badan kebajikan yang terletak di daerah Matariya,” kata jurucakap kementerian, Hossam Abdelghaffar dipetik oleh media rasmi.

Beliau tidak menjelaskan secara terperinci punca kebakaran tersebut yang kemudiannya dapat dikawal.

Megalopolis Kaherah merupakan tuan rumah kepada kira-kira 20 juta orang, kebanyakan mereka tinggal di kawasan kediaman yang tidak diiktiraf dengan infrastruktur usang.

Kebakaran maut, seringkali disebabkan oleh litar pintas, agak biasa berlaku di bandar dan tempat lain di Mesir, sebuah negara dengan 104 juta penduduk.

Tahun lalu, kebakaran yang berlaku di sebuah gereja Kristian Koptik di kawasan kejiranan besar Kaherah di Imbaba telah membunuh 41 orang, dalam salah satu insiden paling maut dalam beberapa tahun.

Kebakaran pada 14 Ogos itu meletus apabila sebuah penghawa dingin terbakar, menyelubungi gereja dalam asap. Berpuluh-puluh jemaah sesak nafas di atas tangga sebelum pasukan menyelamat tiba. — AFP 
 

Advertisement