Anda di sini

SMA kongsi inisiatif Bandar Pintar Sarawak pada Retreat MSCA 2023

Advertisement
Zaidi membentangkan pelan terancang Bandar Pintar Sarawak pada Retreat MSCA 2023 di Cyberjaya pada Rabu.
Zaidi membentangkan pelan terancang Bandar Pintar Sarawak pada Retreat MSCA 2023 di Cyberjaya pada Rabu.

KUCHING: Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak menghadiri Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) Retreat 2023 di Eventscape@Rekascape Cyberjaya sebagai seorang ahli panel, pada Rabu.

Menurut satu kenyataan hari ini, sebagai ahli gabungan MSCA, SMA dijemput untuk berkongsi inisiatif Bandar Pintar Sarawak, iaitu rancangan pembangunan dan peluang dalam Ekonomi Digital dan Bandar semasa pemukiman tersebut.

"Zaidi berkongsi tentang inisiatif Bandar Pintar Sarawak yang merangkumi
 Pelan Induk Bandar Pintar Kuching (KSCMP).

"Konsep utama dalam KSCMP ialah Sistem Operasi Bandar Pintar, bertujuan untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan sistem bagi membolehkan perkhidmatan tersebut menjadi pembekal ekosistem Bandar Pintar untuk mengambil bahagian bersama dalam menginovasi perkhidmatan dalam bandar," katanya.

Turut disertakan pemetaan platform infrastruktur digital pembangunan dan teras bandar pintar.

Dengan itu katanya, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti akan dapat menyampaikan perkhidmatan dan produk mereka dengan efisien.

Justeru katanya, ia akan membawa kepada ekosistem yang lebih baik, mengoptimumkan sumber dan membolehkan kerjasama yang dipercayai dengan sektor swasta secara mampan.

"Sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan kepada Ekonomi Digital bagi memacu Sarawak mencapai status maju menjelang 2030, inovasi dan pembangunan bukan sahaja harus bergantung kepada pelaburan kerajaan tetapi juga penglibatan swasta, syarikat dan individu.

"Dengan ekosistem Bandar Pintar Sarawak direka bentuk selamat, terbuka dan
platform agnostik teknologi, menggabungkan pelbagai jenis baka yang teguh dan terbaik adalah penyelesaian entiti yang membina.

"Sekali gus, membolehkan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah, pembangunan dan pelaksanaan yang lebih pantas," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, para peserta pemukiman itu turut menunjukkan minat untuk berkongsi kepakaran mereka dengan Sarawak, selain mempelajari inisiatif yang dijalankan SMA.
 

Advertisement