Anda di sini

SJK Cina Kiang Hin anjur majlis TBC, sampaikan anugerah murid cemerlang

Advertisement
So (baris belakang, tengah) dan Ling (baris belakang, kanan) merakamkan kenangan bersama murid yang menerima insentif kecemerlangan mereka.
So (baris belakang, tengah) dan Ling (baris belakang, kanan) merakamkan kenangan bersama murid yang menerima insentif kecemerlangan mereka.

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kiang Hin di Jalan Rantau Panjang di sini hari ini, menganjurkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 dan penyampaian anugerah kecemerlangan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah SJKC Kiang Hin Kapitan So Teck Kee.

Dalam ucapannya, So berharap sempena Tahun Arnab ini, murid-murid dapat meneruskan kecemerlangan mereka dalam pendidikan.

"Kita kini hidup dalam persekitaran globalisasi. Sebab itu, kita harus sentiasa belajar, mencari pengetahuan baharu dan saya juga mahukan perubahan baharu. 

"Sama ada kita meneroka idea baharu dan cara pemikiran baharu, kita harus melakukannya sebaik mungkin," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Guru Besar sekolah Ling Ing Kiong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Lembaga Pengarah sekolah yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan kejayaan sekolah.

"Sepanjang tempoh pandemik lalu, Lembaga Pengarah sekolah sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan sekolah. Mereka juga telah melakukan usaha sama untuk menaik taraf kemudahan sekolah.

"Sekarang kita boleh lihat keadaan sekolah yang lebih cantik dan selesa untuk anak-anak kita. Sebab itu, kita harus menghargai apa yang kita miliki hari ini," katanya.

Sementara itu, majlis yang diadakan setiap tahun berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan daripada murid sekolah.
 

  • oleh
  • Advertisement