Anda di sini

Singapura tahan pelajar ‘rancang serangan pro-IS’

Advertisement

Pihak berkuasa dakwa rancangannya termasuk merekrut pengebom kereta berani mati sasar kem tentera, kubur 

 

SINGAPURA: Singapura menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, menuduhnya menyokong militan  Daesh (IS) dan merancang untuk melakukan serangan, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, seorang pelajar Singapura, ditahan pada Disember di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun.

Dia menjadi radikal selepas melihat propaganda IS dalam talian, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dia mahu menggunakan media sosial untuk mengumpulkan pejuang untuk melakukan serangan di Singapura.

Pihak berkuasa berkata rancangannya termasuk merekrut pengebom kereta berani mati untuk menyerang kem tentera dan kubur.

“Pada masa ditangkap, dia nekad melakukan keganasan,” kata Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.

Kes sebegini jarang berlaku di negara kota yang berbilang budaya dan kaum itu.

Pada 2020, pihak berkuasa menahan seorang remaja berusia 16 tahun yang merancang untuk menyerang dua masjid di Singapura selepas terpengaruh dengan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di New Zealand.

Pada tahun berikutnya, seorang pemuda Singapura berusia 20 tahun ditangkap di bawah undang-undang yang sama, dengan pihak berkuasa menuduhnya merancang untuk menikam mati orang Yahudi di sebuah rumah ibadat. — AFP 
 

Advertisement