Anda di sini

Projek bina taman permainan, senaman diteruskan: Ting

Advertisement
Ting mencuba alat senaman di taman senaman Dataran Kipas, Miri pada Jumaat.
Ting mencuba alat senaman di taman senaman Dataran Kipas, Miri pada Jumaat.

MIRI: Projek pembinaan taman permainan dan senaman akan terus dibangunkan di taman awam dan kawasan perumahan di sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berharap penyediaan kemudahan itu akan menggalak penduduk bersenam dan beriadah ke arah melahirkan masyarakat sihat dan sejahtera.

"Maklumkan kepada kita sekiranya ada kawasan lapang di tempat anda. Kita akan bersama pihak Majlis Bandaraya Miri melawat kawasan itu dan melihat apa yang boleh kita buat. Ini adalah projek yang berterusan," jelas beliau pada Jumaat.

Ting yang juga ADUN Piasau mahu penduduk memanfaatkan kemudahan itu dan memainkan peranan menjaganya.

Beliau menambah, peralatan senaman yang disediakan adalah untuk semua peringkat umur.

Mereka juga boleh bersenam berjalan di laluan pejalan kaki yang dibina di taman itu.

"Kita harus membuat pelaburan untuk kesihatan kita dengan meluangkan masa bersenam menjaga kesihatan diri kita," jelasnya.

Tentang projek taman permainan dan senaman di Dataran Kipas Miri, Ting memberitahu, sejumlah RM200,000 diperlukan untuk membina projek itu.

Projek telah dilaksanakan bermula 28 September dan siap pada 28 Disember 2022.

Menurutnya, projek akan diserahkan kepada MBM yang akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
 

  • oleh
  • Advertisement