Anda di sini

Persinggahan RSS Persistence medium perkongsian pandangan, pembangunan latihan tentera laut

Advertisement
 TLDM dan Tentera Laut Republik Singapura merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan kapal RSS Persistence.
KENANGAN: TLDM dan Tentera Laut Republik Singapura merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan kapal RSS Persistence.

KOTA KINABALU: Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu menerima kehadiran Kapal Tentera Laut Republik Singapura iaitu RSS Persistence bermula 31 Januari yang lalu.

Kapal yang dipimpin Leftenan Kolonel Anna Teo ini melaksanakan lawatan operasi di sini bersempena program pembangunan latihan di laut bagi 95 orang Pegawai Kadet mereka. 

Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Dr. Najhan Md Said berkata sesi pertemuan ini dijadikan sebagai medium perkenalan serta perkongsian pandangan berkenaan pembangunan latihan dan perkembangan tentera laut masing-masing. 

“Dalam persinggahan singkat ini juga pelbagai aktiviti seperti kunjungan hormat, sukan persahabatan dan resepsi di kapal turut terlaksana bagi menggalakkan interaksi antara warga tentera laut kedua-dua negara.

“Peluang bagi asimilasi budaya kerja juga dapat dibuka selain memperkukuh lagi hubungan bilateral negara,” katanya.

Sementara itu RSS Persistence turut melakukan kunjungan hormat yang diwakili Komander Bahagian Kesiagaan dan Doktrin Kolonel Wong Chng Tong dan Pegawai Memerintahnya Leftenan Kolonel Anna Teo terhadap Najhan.

RSS Persistence dijangka meneruskan pelayaran ke pelabuhan berikutnya bagi menyambung semula latihan pembangunan dan kemahiran di laut bagi pegawai kadet mereka.

  • oleh
  • Advertisement