Anda di sini

Penghuni bimbang insiden tanah susur di depan rumah

Advertisement
Anggota APM melakukan pemeriksaan tanah susur yang berlaku di hadapan sebuah rumah di Sungai Jakar, Sarikei pada Khamis.
Anggota APM melakukan pemeriksaan tanah susur yang berlaku di hadapan sebuah rumah di Sungai Jakar, Sarikei pada Khamis.

SARIKEI: Penghuni sebuah rumah di Sungai Jakar, dekat sini khuatir dengan insiden tanah susur yang berlaku di hadapan rumahnya.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Sarikei Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima daripada pemilik rumah tersebut pada jam 4.40 petang Khamis.

"Berdasarkan aduan tersebut, sepasukan anggota APM telah dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan dan pemeriksaan.

"Hasilnya, pasukan APM mendapati tanah susur tersebut berlaku pada jarak 20 meter dari hadapan rumah mangsa.

"Pasukan APM turut berpendapat tanah susur berisiko berlaku lagi sekiranya hujan lebat turun tanpa henti," ujarnya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Shahrol, berdasarkan maklumat daripada penghuni rumah tersebut, kejadian tanah susur itu disedari berlaku pada petang Khamis.

"Risau dengan situasi itu, penghuni rumah terbabit menghubungi pihak APM untuk memohon bantuan bagi memantau situasi di kawasan runtuhan.

"Pada masa sama, pasukan APM menasihatkan pemilik rumah tersebut agar turut menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan agensi berkaitan lain jika berlaku runtuhan baharu atau jika situasi menjadi semakin berbahaya.

"Pasukan APM turut menasihatkan penghuni rumah tersebut agar segera meninggalkan rumah sekiranya keadaan menjadi semakin tidak selamat," ujar Shahrol.
 

  • oleh
  • Advertisement