Anda di sini

Latihan bersama PPL, MAKSAK Sabah mantapkan kemahiran kedua-dua pasukan

Advertisement
Pemain-pemain petanque pasukan Lawas dan Sabah pada aksi persahabatan di Lawas, pada Khamis.
Pemain-pemain petanque pasukan Lawas dan Sabah pada aksi persahabatan di Lawas, pada Khamis.

LAWAS: Latihan bersama antara pasukan Persatuan Petanque Lawas (PPL) dan pasukan Petanque MAKSAK Negeri Sabah dijangka mampu memantapkan kemahiran kedua-dua pasukan itu dalam acara sukan tersebut.

Pengerusi Petanque MAKSAK Sabah, Jafri Mat Idin berkata latihan bersama kedua-dua psukan itu diadakan di gelanggang petanque Komplek Sukan Lawas melalui perlawanan persahabatan antara pasukan Petanque Daerah Lawas.

Jafri berkata, ini adalah salah satu tujuan mereka untuk mengeratkan silaturahim dengan rakan-rakan di daerah Lawas dan pemain-pemain pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sabah.

“Pada masa sama, kita mahu memantapkan permainan 'triple' bagi menghadapi Kejohanan 'Open Triple' Bintulu pada 11 dan 12 Februari ini dan MAKSAK Kebangsaan pada 23 hingga 27 Februari," katanya kepada media selepas sesi latihan di Lawas, pada Khamis.

Pengurus Boules Bukit Sari, Mohd Yunus Makda memberitahu latihan bersama itu turut melibatkan kelab-kelab dari Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Persatuan Petanque Negeri Sabah, Persatuan Petanque Membakut Sabah.

“Latihan bersama ini adalah untuk membolehkan rakan-rakan pasukan dari Kepulauan Borneo itu saling bertukar pandangan, mempelajari kemahiran baharu dan memantapkan strategi pasukan masing-masing,” jelasnya.

Menurutnya, aktiviti itu turut mendapat sokongan daripada Penasihat Persatuan Boules Bukit Sari merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Kaunselor Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa.
 

Advertisement