Anda di sini

Kerajaan negeri lulus program SBH-MM2H

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil inisiatif dan meluluskan dasar pelaksanaan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (SBH-MM2H).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, kelulusan itu bagi mengawal prasyarat termasuklah umur, pensijilan perubatan dan akaun simpanan tetap di Sabah.

“Antara terma dan syarat program itu adalah tinggal minimum 30 hari setahun dan tempoh yang diluluskan untuk individu atau keluarga adalah selama 10 tahun berada di Sabah.

“Selain itu, kelayakan untuk membeli hartanah adalah minimum RM600,000 ke atas, perakuan kelakuan baik dari negara asal, sijil kesihatan dan mempunyai akaun bank tempatan dengan deposit tetap RM200,000,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dengan program SBH-MM2H yang unik dan kompetitif mesra pengguna ini, dapat meningkatkan hasil kerajaan negeri.

“Program ini dijangka akan memberi impak besar kepada ekonomi negeri, terutamanya dalam pembangunan hartanah dan indisutri pelancongan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement