Anda di sini

Hajiji dijangka hadir pada majlis anjuran Persatuan Sumber Harapan Sabah

Advertisement
JOSEPHINE
JOSEPHINE


KOTA  KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dijangka hadir pada sambutan makan malam amal Tahun Baharu Cina yang diadakan oleh Persatuan Sumber Harapan Sabah malam ini.

Presidennya Josephine Hadikusumo mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan yang menyokong program terbabit dan berharap ianya dapat diadakan tepat pada waktunya.

"Kami telah mengisi program acara dengan pelbagai hiburan pada malam ini termasuklah persembahan kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Sabah.

"Kami berbesar hati dapat mengadakan majlis sumpamanya pada malam ini dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada misi persatuan ini," katanya.

Dalam pada itu, persembahan tarian singa juga akan diadakan oleh Kelab Sukan Tarian Singa dan Naga Xu Xiang Inanam. Ia akan diikuti dengan upacara 'Lau Sang', cabutan bertuah dan majlis dijangka tamat pada 10 malam.
 

Advertisement