Anda di sini

APM Sibu kemuka permohonan tubuh CDERT kepada Ling

Advertisement
Mohd Jabir menyampaikan sijil penghargaan kepada Ling semasa kunjungan hormat ke atas Pejabat Pusat Khidmat Oscar Ling di Sibu, hari ini.
Mohd Jabir menyampaikan sijil penghargaan kepada Ling semasa kunjungan hormat ke atas Pejabat Pusat Khidmat Oscar Ling di Sibu, hari ini.

SIBU: Satu permohonan telah dibuat untuk menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) untuk bandar ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu Mejar Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk tujuan itu kepada Oscar Ling semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Parlimen Sibu berkenaan, hari ini.

Pertemuan itu juga menyentuh mengenai Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Sarawak ketika ini.

Mohd Jabir turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ling kerana menyokong barisan hadapan memerangi COVID-19.

Hadir sama ialah Lt (PA) Jordan Lau Teck Kyu dan Lt M (PA) Franklin Blikau.

APM Sibu menyeru orang ramai menghubungi talian kecemasan 999 atau talian hotline 084-220044 (24 jam) sekiranya memerlukan bantuan.
 

  • oleh
  • Advertisement