Anda di sini

180 mangsa banjir dipindah ke dua PPS setakat jam 3 petang ini

Advertisement
Keadaan di PPS Dewan Kampung Mundai.
Keadaan di PPS Dewan Kampung Mundai.

KUCHING: Seramai 180 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Simpok dan Mundai di Padawan setakat jam 3 petang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 38 keluarga iaitu 32 di Kampung Simpok dan enam di Kampung Mundai.

Menurutnya, dua PPS dibuka iaitu dewan Sekolah Kebangsaan (SK) St Peter, Simpok dan Dewan Kampung Mundai.

"Seramai 158 mangsa ditempatkan di PPS dewan SK St Peter, Simpok dan 22 lagi di dewan Kampung Mundai," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa atau kejadian yang tidak diingini berlaku di kedua-dua kampung tersebut.

Kerja-kerja pemantauan masih dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak serta agensi-agensi lain.

Selain itu, pemantauan turut dilakukan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Kapit, Mukah, Daro dan Matu.

Difahamkan, keadaan di kesemua kawasan tersebut terkawal dan tiada keperluan pembukaan PPS setakat berita ini ditulis.
 

  • oleh
  • Advertisement