Anda di sini

Sunlight Pharmacy anjur Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung

Advertisement
 Chu Chong Mow (lapan kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan farmasi dan pakar diet Sunlight.
KENANGAN: Chu Chong Mow (lapan kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan farmasi dan pakar diet Sunlight.
 Sunlight Pharmacy menyampaikan penghargaan kepada Ahmad Ashraf selepas memberikan latihan.
PENGHARGAAN: Sunlight Pharmacy menyampaikan penghargaan kepada Ahmad Ashraf selepas memberikan latihan.

KOTA KINABALU: Sunlight Pharmacy menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung di semua cawangan Sabah dan Sarawak sepanjang Februari ini.

Jurucakap Sunlight Pharmacy berkata perubahan gaya hidup adalah salah satu penyebab serangan penyakit jantung di Malaysia yang semakin meningkat dan berisiko menyerang pada usia yang lebih muda. 

Tambahnya data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022 juga menunjukkan penyakit jantung iskemik adalah punca kedua kematian utama selepas COVID-19 dan menyumbang kepada hampir 14 peratus kematian di negara ini.

“Serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan ramai yang mengalami serangan ini tidak menyangka ianya boleh berlaku kepada mereka. 

“Untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit jantung, Sunlight Pharmacy akan menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung bermula 1 hingga 28 Februari di semua cawangan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya bagi memastikan pasukan farmasi dan pakar diet Sunlight mendapat latihan profesional, Sunlight Pharmacy menjemput Dr Chu Chong Mow dan Dr Ahmad Ashraf Z.A. iaitu Perunding Kardiologi Intervensi dari Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.

“Perkongsian daripada kedua-dua pakar tersebut membolehkan pasukan farmasi dan pakar diet dilengkapi dengan pengetahuan terkini dan kemahiran tentang pengurusan tekanan darah, kolesterol serta pelbagai prosedur pemeriksaan jantung.

“Sunlight Pharmacy kini boleh menawarkan perkhidmatan perundingan yang relevan untuk masyarakat,” katanya.

Menurutnya sepanjang tempoh kempen itu pelanggan layak mendapat ujian Profil Lipid pada harga istimewa iaitu RM18 dengan sebarang pembelian RM30 di kedai.

“Pelanggan boleh mengetahui jumlah dan kolesterol serta paras trigliserida mereka dengan mengambil ujian darah di kedai, diikuti dengan pengiraan skor risiko kardiovaskular peribadi oleh ahli farmasi. 

“Skor risiko membantu meramalkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit jantung dalam tempoh 10 tahun,” katanya sambil menambah pengesanan awal masalah jantung boleh menyelamatkan nyawa. 

Dalam pada itu katanya sempena kempen ini juga Hospital Gleneagles Kota Kinabalu menawarkan kadar istimewa hanya RM988 berbanding harga asal RM1313 untuk pakej pemeriksaan kesihatan jantung kepada semua Ahli Sunlight Pharmacy. 

“Ahli yang berminat dialu-alukan untuk mengambil baucar di mana-mana cawangan Sunlight.

“Sunlight Pharmacy juga akan mengedarkan Buku Panduan Penjagaan Jantung dalam usaha mendekati masyarakat bagi menyebarkan kesedaran kesihatan jantung. 

“Pelanggan boleh boleh mendapatkan salinan secara percuma, sementara stok masih ada,” katanya.

Tambahnya pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan Sunlight Pharmacy terdekat atau melayari laman web https://sunlight-online.com/contact-us untuk mengetahui lebih lanjut. 

“Lawati laman Facebook Sunlight Pharmacy dan Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kesihatan jantung,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement