Anda di sini

Masalah air bertakung di Ranau selesai

Advertisement
 Keadaan laluan berhampiran Supermarket Sabindo ketika ini boleh dilalui oleh kenderaan.
SIAP: Keadaan laluan berhampiran Supermarket Sabindo ketika ini boleh dilalui oleh kenderaan.

RANAU: Penduduk di daerah ini boleh narik nafas lega selepas masalah air bertakung berhampiran Supermarket Sabindo, di sini sudah diatasi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, kawasan tersebut mengalami masalah air bertakung sehingga menyukarkan pengguna jalan raya untuk melaluinya sejak 11 Januari lalu.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, masalah itu sangat menyukarkan pergerakan penduduk di daerah ini terutamanya yang menggunakan laluan Kota Kinabalu-Sandakan.

“Saya sudah melihat sendiri proses kerja-kerja membaik pulih kawasan yang digenang air akibat masalah sistem aliran air sehingga siap.

“Kerja-kerja menyiapkan projek tersebut turut mendapat kerjasama daripada pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Sementara itu, penduduk di daerah tersebut menzahirkan terima kasih kepada Jonathan kerana memberi cadangan membaik pulih masalah tersebut.

Turut hadir, Jurutera JKR Ranau, Farhana Jammy; Penerangan Exco Wiramuda STAR Sabah, Kong Choon Choi dan pegawai kerajaan negeri.

  • oleh
  • Advertisement