Anda di sini

Mangsa banjir berkurang, hanya 523 di 10 PPS

Advertisement
 Sebahagian mangsa banjir yang dipindahkan ke kawasan selamat.
BANJIR: Sebahagian mangsa banjir yang dipindahkan ke kawasan selamat.

KOTA KINABALU: Mangsa banjir semakin berkurang selepas keadaan banjir di beberapa daerah terjejas mulai pulih.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan hanya 523 mangsa daripada 163 keluarga yang masih berada di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Dua daerah merekodkan penurunan mangsa iaitu 79 mangsa di dua PPS di Paitan dan 207 mangsa di empat PPS di Telupid.

“Dua lagi daerah menunjukkan jumlah mangsa kekal seperti sebelum ini iaitu 45 mangsa di Lahad Datu dan 47 mangsa di Beluran,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata mangsa banjir di Beaufort masih menunjukkan trend peningkatan dan setakat jam 4 petang terdapat 145 mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Selagon.

Tambahnya empat PPS sudah ditutup masing-masing tiga di Telupid dan sebuah lagi PPS di Paitan.

  • oleh
  • Advertisement