Anda di sini

Kanak-kanak lima tahun terperangkap dalam kereta

Advertisement
 Pihak Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan mangsa.
SELAMAT: Pihak Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan mangsa.

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam sebuah kenderaan di belakang sebuah klinik di Pekan Tuaran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 11.49 pagi.

“Semasa ketibaan pasukan Bomba di lokasi, kanak-kanak berumur lima tahun yang terperangkap di dalam kenderaan itu bagaimanapun sudah dikeluarkan selepas orang awam bertindak memecahkan cermin kereta berkenaan.

“Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada pihak keluarganya,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 12 tengah hari.

  • oleh
  • Advertisement