Anda di sini

Dua monyet ‘dicuri’ dari Zoo Dallas: Polis

Advertisement
Gambar tidak bertarikh serahan pihak berkuasa Zoo Dallas menunjukkan monyet tamarin maharaja di dalam kurungannya di zoo tersebut di Texas. — Gambar AFP
Gambar tidak bertarikh serahan pihak berkuasa Zoo Dallas menunjukkan monyet tamarin maharaja di dalam kurungannya di zoo tersebut di Texas. — Gambar AFP

HOUSTON: Dua ekor monyet tamarin maharaja telah hilang dari Zoo Dallas di Texas, dan pihak polis bimbang ia kes kecurian dalam rentetan kejadian pelik melibatkan haiwan di kawasan tarikan itu.

Pihak berkuasa zoo meng-hubungi polis selepas mendapati dua daripada monyet itu hilang pada Isnin.

Polis Dallas berkata terdapat kesan pemotongan dibuat pada habitat monyet dan haiwan itu dipercayai sengaja dikeluarkan dari kandang.

Kelmarin, polis mengeluarkan gambar seorang lelaki memakai baju hoddie yang mungkin berkaitan dengan kehilangan monyet itu, dan meminta orang ramai membantu mengenal pastinya.

Ini menandakan kali kedua haiwan telah hilang dari pusat itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini. 

Zoo itu ditutup pada 13 Januari selepas penjaga me-nemui kesan pencerobohan di kandang harimau bintang.

Kucing besar yang hilang itu akhirnya ditemui berhampiran habitatnya dan tidak meninggalkan kawasan zoo.

Lebih seminggu kemudian, zoo melaporkan bahawa burung nasar berwajah lappet yang terancam ditemui mati akibat luka, dan keadaan kematian adalah luar biasa.

Dalam kejadian terbaru, zoo berkata pekerja meronda berhampiran habitat monyet dan melintasi kawasan zoo namun tidak dapat menemui maharaja tamarin, yang selalunya akan tinggal berdekatan dengan rumah.

“Berdasarkan penilaian awal Jabatan Polis Dallas, mereka mempunyai sebab untuk mempercayai monyet  itu telah diambil orang,” kata kenyataan zoo itu.

“Ini merupakan penyiasatan Jabatan Polis Dallas yang aktif. Ini semua maklumat yang kami dapat kongsikan pada masa ini.”

Selepas burung hering ditemui mati, zoo – yang tertua dan terbesar di Texas – menambah kamera litar tertutup tambahan dan meningkatkan rondaan keselamatan malam.

Tamarin maharaja ialah monyet kecil dengan misai putih panjang yang meleret ke belakang dari mukanya, dan diberi nama demikian kerana wajah mereka serupa dengan mendiang maharaja Jerman Wilhelm II. — AFP
 

Advertisement