
SIBU: Seramai 148 pemain berentap dalam Kejohanan Piala Ketua Polis Daerah Sibu 2023 di Dewan Badminton Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu yang bermula 1 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, penganjuran kejohanan tersebut salah satu usaha pihaknya dalam meningkatkan kecergasan pegawai dan anggotanya untuk mengutamakan kesihatan tubuh badan dan juga mental.
"Kejohanan ini juga bertujuan untuk memilih bakat pemain selain meningkatkan kecergasan dalam kalangan pegawai dan anggota untuk mengutamakan gaya hidup sihat dan meningkatkan hubungan di kalangan warga IPD Sibu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, kejohanan itu juga melibatkan semua bahagian dan cawangan termasuk semua balai polis di bawah pentadbiran IPD Sibu.
"Kejohanan ini akan berlangsung di Dewan Badminton IPD Sibu selama tiga hari daripada 1 hingga 3 Februari," katanya.
Kejohanan tersebut menyaksikan tujuh pasukan bertanding dalam aski acara bergu termasuk Bergu VIP, Bergu Pegawai, Bergu Terbuka Lelaki, Bergu Wanita, Bergu Veteran dan Bergu Terbuka Pegawai.
Perlawanan akhir akan diadakan esok di gelanggang tersebut.