Anda di sini

Tiga cedera ditikam dekat ibu pejabat EU di Brussels

Advertisement
 

BRUSSELS: Tiga orang tercedera, seorang dalam keadaan serius, akibat serangan bersenjatakan pisau di sebuah stesen metro berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels kelmarin, kata pihak berkuasa.

Datuk bandar Brussels Philippe Close berkata penyerang itu telah segera ditangkap disebabkan oleh tindakan polis yang terancang di stesen metro Schuman.

Pihak polis mengesahkan salah seorang mangsa dalam “keadaan kritikal”.

Pihak polis telah mengenal pasti penyerang yang disyaki sebagai mengalami “masalah psikiatrik”, kata seorang sumber rapat dengan siasatan.

Serangan berlaku pada masa sibuk sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Ketua EU Charles Michel, yang juga bekas perdana menteri Belgium, berterima kasih kepada pihak polis dalam satu ciapan dan menyatakan ingatannya adalah bersama dengan kesemua mangsa. — AFP 
 

Advertisement