Anda di sini

Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin di Hebron, Tebing Barat

Advertisement
Rakyat Palestin mengusung jenazah Abu Fouda yang ditembak mati oleh tentera Zionis di bandar Hebron, Tebing Barat kelmarin. — Gambar AFP
Rakyat Palestin mengusung jenazah Abu Fouda yang ditembak mati oleh tentera Zionis di bandar Hebron, Tebing Barat kelmarin. — Gambar AFP

HEBRON: Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di bandar Hebron di Tebing Barat kelmarin, menurut kementerian kesihatan di wilayah yang ditakluki itu.

Nassim Naif Salman Abu Fouda, 26, meninggal dunia akibat kecederaan tembakan di kepalanya yang dilepaskan oleh tentera Zionis (Israel) di Hebron pada pagi ini,” kata pihak kementerian.

Rejim Israel memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.

Agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan Abu Fouda terbunuh selepas tentera Zionis menembak ke arah kenderaannya di tengah Hebron.

Beliau merupakan rakyat Palestin yang ke-35 terkorban dalam konflik pada bulan ini, di Tebing Barat dan Baitulmuqqadis Timur – termasuk pejuang, warga awam dan beberapa kanak-kanak, menurut catatan AFP berdasarkan sumber rasmi daripada kedua-dua pihak.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dijangka melawat Israel pada Isnin dan kemudian  wilayah Palestin bagi pertemuan dengan pemimpin kedua-dua pihak di tengah-tengah salah satu fasa paling berdarah dalam konflik sejak beberapa tahun.

Pada Ahad, Pengarah CIA Williams Burns mengadakan rundingan di Tebing Barat dengan presiden Palestin Mahmud Abbas untuk membincangkan “perkembangan berbahaya”,  lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Kedutaan AS menolak memberikan komen kepada AFP.

Rejim Israel memperketatkan kawalan selepas seorang rakyat Palestin membunuh enam orang Yahudi dan seorang rakyat Ukraine dalam kejadian tembakan di luar sebuah saumaah di Baitulmuqqadis Timur pada Jumaat lepas.

Serangan itu muncul sehari selepas tentera Israel dengan kejam membunuh 10 rakyat Palestin di kem pelarian Jenin, dalam serangan paling berdarah oleh pihak Zionis di Tebing Barat sepanjang hampir dua dekad.

Tentera Israel mendakwa serangan itu untuk menyasarkan pejuang Islamic Jihad.

Rejim Israel telah menakluki wilayah Tebing Barat sejak 1967. — AFP
 

Advertisement