Anda di sini

Tangan kanak-kanak perempuan tersekat dalam kotak pembesar suara

Advertisement
 Keadaan tangan kanak-kanak perempuan yang tersekat di dalam kotak pembesar suara.
TERSEKAT: Keadaan tangan kanak-kanak perempuan yang tersekat di dalam kotak pembesar suara.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit selepas tangannya tersekat di dalam kotak pembesar suara di sebuah taman perumahan di Jalan Pelanduk Luyang di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.41 petang.

Katanya sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Semasa ketibaan pasukan Bomba di lokasi, tangan kanak-kanak perempuan terbabit tersekat di dalam kotak pembesar suara.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas dengan mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 4 petang.

  • oleh
  • Advertisement