Anda di sini

Maximus dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah 

Advertisement
 Maximus (kiri) menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi ECoS daripada Hajiji (kanan).
PENGERUSI: Maximus (kiri) menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi ECoS daripada Hajiji (kanan).

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Beliau menerima surat pelantikannya daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Maximus merakamkan penghargaan terima kasih kepada Hajiji dan menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu penghormatan kepada PBS.

"Saya akan berusaha untuk berkhidmat kepada ECoS dan industri tenaga Sabah dengan sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai menteri peringkat Persekutuan selama empat penggal, termasuk sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Menurutnya, Sabah mempunyai kekuatan dan potensi yang sangat besar dalam sumber tenaga terutamanya dalam sumber boleh diperbaharui hijau seperti solar, hidro, angin, dan biojisim.

“Kami akan memastikan sebarang isu berkaitan ECoS dilaksanakan demi kebaikan rakyat dan negeri ini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement