Anda di sini

Mangsa banjir berkurang kepada 628

Advertisement
 Pasukan APM menjalankan pemantauan di salah sebuah lokasi terjejas banjir.
PANTAU: Pasukan APM menjalankan pemantauan di salah sebuah lokasi terjejas banjir.

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah berkurang kepada 628.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan hanya empat daerah masih terjejas setakat jam 4 petang semalam.

“Jumlah itu termasuklah Paitan yang menempatkan 122 mangsa daripada 44 keluarga di tiga PPS diikuti 45 mangsa di Lahad Datu yang masih berada di sebuah PPS.

“Telupid kekal menempatkan 455 mangsa daripada 130 keluarga di sembilan PPS manakala enam mangsa di sebuah PPS di Beluran,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata trend semasa pemindahan mangsa banjir masih meningkat terutama di Beluran.

Katanya petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di setiap daerah terjejas berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

  • oleh
  • Advertisement