Anda di sini

Kes keldai akaun, waran tangkap untuk Mohamad Faris Abdullah

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki yang dituduh menjadi keldai akaun.
    
Waran tangkap itu dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah membenarkan permohonan yang dikemukakan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman.
    
Dalam permohonannya, Mudzilawati memberitahu bahawa kes ditetapkan untuk sebutan hari ini, namun tertuduh gagal hadir di mahkamah, justeru memohon dikeluarkan waran tangkap ke atas tertuduh.
    
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalikan pada 10 Mac depan.
    
Mohamad Faris Abdullah, 33, dari Taman Senai Utama, Senai, Johor telah didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda sehingga RM500, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memiliki wang berjumlah RM6,500 yang diperolehi secara tidak sah.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.17 petang, 6 Mac 2021 di sebuah lot di Taman Lopeng, Jalan Cahaya di sini.

  • oleh
  • Advertisement