Anda di sini

Kerjasama erat MOSTI dan KSTI diperkukuhkan

Advertisement
 Arifin menerima cenderahati daripada Arthur sempena kunjungan yang diadakan.
KUNJUNGAN: Arifin (kanan) menerima cenderahati daripada Arthur (kiri) sempena kunjungan yang diadakan.



KOTA KINABALU: Kerjasama erat antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) diperkukuhkan lagi dengan pertemuan dua mata antara Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Arif.


Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah sebagai platform bagi memperkenalkan fungsi dan peranan MOSTI kepada KSTI disamping membincangkan jalinan kerjasama serta kolaborasi dalam penganjuran program-program bagi tahun 2023.


Dalam pertemuan itu, Arthur turut menyampaikan hasrat agar dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik ke peringkat negeri khususnya di akar umbi dengan sokongan dan kerjasama erat antara kedua-dua Kementerian.


"Pada tahun lalu, MOSTI telah berjaya melaksanakan beberapa program yang memberi impak kepada masyarakat di negeri Sabah antaranya Techlympics yang dapat meningkatkan inovasi dalam kalangan belia dan beliawanis di negeri ini.


"Selain itu, MOSTI juga telah menganjurkan program 'Upskilling for Deep Tech and Future Skills' yang mendapat sambutan hangat dari seluruh negara terutamanya di negeri ini, " katanya.

 Rombongan MOSTI yang diketuai Arthur merakamkan gambar album bersama Arifin semasa kujungan itu.
ALBUM: Rombongan MOSTI yang diketuai Arthur merakamkan gambar album bersama Arifin semasa kujungan itu.


Tambah Arthur, program tersebut berteraskan kepada peningkatan kemahiran pekerja bagi memenuhi keperluan industri yang berasaskan teknologi.


"Bagi negeri Sabah sahaja, pada tahun lalu permintaan terhadap program itu meningkat kepada hampir 178 peratus dengan jumlah penyertaan sebanyak 534 peserta berbanding jumlah peruntukan asal sebanyak 300 penyertaan sahaja, " katanya.


Sehubungan itu, Arthur berharap Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada penghujung Februari dapat memperuntukkan jumlah yang sewajarnya agar program-program di bawah MOSTI yang memberikan impak positif kepada masyarakat di akar umbi dapat diteruskan pada masa akan datang.

 
Turut serta semasa kunjungan hormat itu, Timbalan Ketua Setiausaha Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); Sharmila Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia dan Misbah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara.
 

  • oleh
  • Advertisement