Anda di sini

Kemudahan sukan di negeri ini akan dinaik taraf

Advertisement
 Hajiji (empat kiri), Ellron (tiga kiri) bergambar bersama wakil kementerian semasa kunjungan berkenaan.
KUNJUNGAN: Hajiji (empat kiri), Ellron (tiga kiri) bergambar bersama wakil kementerian semasa kunjungan berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semalam diberi taklimat mengenai rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf kemudahan sukan di negeri ini termasuk Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai aktiviti Lembaga Sukan Sabah serta perkembangan projek yang sedang dijalankan seperti Kompleks Sukan Tuaran di Menara Kinabalu hari ini.

Stadium Likas bersedia untuk dinaik taraf untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan Sabah FC akan beraksi dalam kejohanan Piala AFC musim ini.

Turut mengiringi Ellron ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun dan pegawai kanan Lembaga Sukan Sabah.
 

Advertisement