Anda di sini

Banjir kilat melanda beberapa kawasan sekitar ibu negeri

Advertisement
 Keadaan banjir kilat di kawasan Kolombong yang dikongsikan pembaca.
BANJIR KILAT: Keadaan banjir kilat di kawasan Kolombong yang dikongsikan pembaca.

KOTA KINABALU: Hujan lebat bermula jam 2 petang menyebabkan beberapa kawasan sekitar ibu negeri dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terbabit termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong serta kawasan perumahan serta pusat komersial sekitar sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada jam 4.40 petang memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah.

Kawasan itu termasuklah Pedalaman membabitkan Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Pantai Barat dan Sandakan meliputi Telupid dan Sandakan turut terlibat selain Labuan sehingga jam 7:00 malam.

Katanya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

  • oleh
  • Advertisement