Anda di sini

ADUN Kapayan dilantik Pengerusi KPD

Advertisement
 Hajiji (dua kanan) menyerahkan surat lantikan kepada Jannie (dua kiri) sambil disaksikan oleh Jeffrey (tengah). Turut kelihatan Phoong (kiri) dan Safar (kanan).
LANTIKAN: Hajiji (dua kanan) menyerahkan surat lantikan kepada Jannie (dua kiri) sambil disaksikan oleh Jeffrey (tengah). Turut kelihatan Phoong (kiri) dan Safar (kanan).

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dilantik sebagai Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkuat kuasa 19 Januari lepas bagi menggantikan Datuk Raimie Unggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan surat lantikan kepada Jannie dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan menyaksikan penyerahan surat lantikan berkenaan.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.
 

Advertisement