Anda di sini

Suryady mahu fokus rakyat, agenda pembangunan negeri

Advertisement
SURYADY
SURYADY

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mahu memberi fokus kepada masalah rakyat dan agenda pembangunan negeri.

Menurutnya, kemelut politik di negeri ini sepatutnya tidak boleh terlalu lama kerana yang terbeban dan terkesan adalah rakyat.

“Kita mahu kerajaan negeri fokus memainkan peranannya dalam menyelesaikan setiap masalah rakyat serta meningkatkan pembangunan dan ekonomi di Sabah.

“Saya akan terus bekerja keras mengikut kapasiti sebagai wakil rakyat dan portfolio kementerian yang diamanahkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian ketika ditemui media, di sini hari ini.

Katanya, pergelutan politik negeri ini perlu diredakan kerana ia akan mengganggu peranan dan tugas semua wakil rakyat.

“Tahun ini dijangka akan menjadi lebih sukar sekiranya kemelut politik negeri tidak berkesudahan dan sentiasa bergolak.

“Hala tuju negeri ini perlu segera dilaksanakan kerana ramai semakin terbeban dengan pelbagai masalah termasuklah melibatkan ekonomi rakyat,” katanya.

Ketua UMNO Kalabakan itu juga berkata, ketika ini dia turut akur dengan keputusan parti yang memutuskan untuk mengambil tempoh bertenang.

“Sebarang tindakan yang bakal diambil oleh UMNO adalah terletak pada pucuk pimpinan, saya hanya menjalankan tugas dengan sebaiknya sebagai wakil rakyat dan pembantu menteri,” katanya.  

  • oleh
  • Advertisement