Anda di sini

Mangsa banjir di Telupid catat peningkatan

Advertisement
 Pasukan APM menjalankan pemantauan di salah sebuah lokasi terjejas banjir.
PANTAU: Pasukan APM menjalankan pemantauan di salah sebuah lokasi terjejas banjir.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Telupid masih mencatatkan peningkatan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata seramai 400 mangsa banjir daripada 113 keluarga direkod setakat jam 4 petang semalam.

“Enam daripada lapan PPS di daerah terbabit masih mencatatkan trend peningkatan bagaimanapun dua yang lain masing-masing kekal dan tiada penambahan berbanding statistik sebelum ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir semakin berkurang iaitu hanya 738 berbanding mencecah empat angka sebelum ini.

“Pitas mencatatkan mangsa kedua tertinggi iaitu 184 mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS iaitu Dewan Kampung Kusilad.

“Jumlah ini diikuti Paitan 111 mangsa daripada 40 keluarga, Lahad Datu 43 mangsa daripada 11 keluarga dan menunjukkan jumlah kekal di PPS Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement