Anda di sini

Lelaki Palestin disabit rogol, bunuh gadis Yahudi dipenjara seumur hidup

Advertisement
Gambar fail 11 Februari, 2019 menunjukkan Irfaiya dalam tahanan rejim di Mahkamah Majistret Baitulmuqaddis. - Gambar AFP
Gambar fail 11 Februari, 2019 menunjukkan Irfaiya dalam tahanan rejim di Mahkamah Majistret Baitulmuqaddis. - Gambar AFP

BAITULMUQADDIS: Mahkamah rejim Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur  hidup ke atas seorang lelaki Palestin, ditambah dengan penjara 20 tahun, setelah disabitkan merogol dan membunuh seorang gadis Yahudi berusia 19 tahun, menurut hakim dalam kes jenayah yang dikecam sebagai bermotifkan politik.

Arafat Irfaiya, penduduk Hebron di Tebing Barat, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah daerah Baitulmuqaddis atas pembunuhan Ori Ansbacher pada Februari 2019.

Panel tiga hakim menentukan bahawa pembunuhan itu juga tindakan keganasan.

Irfaiya, awal 30-an, telah dijatuhkan hukuman seumur hidup kerana membunuh dan tambahan 20 tahun kerana merogol.

Serangan didakwa berlaku di sebuah hutan di Baitulmuqaddis berhampiran pusat belia di mana Ansbacher bekerja sebagai sebahagian daripada khidmat negara.

Selepas merentasi secara haram ke wilayah jajahan Israel, dia didakwa melihat Ori sedang duduk di atas batu dan memutuskan untuk membunuhnya hanya kerana mangsa seorang Yahudi, menurut kenyataan hukuman.

Para hakim menyatakan sikap Irfaiya dan tiada sikap menyesal sebagai kejam, tidak berperikemanusian dan tiada belas kasihan.

Pembunuhan itu menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melaksanakan undang-undang bagi menahan wang daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi pembayaran kepada keluarga tahanan, atau tahanan itu sendiri yang dipenjarakan atas serangan terhadap peneroka haram.

Rejim Israel mengumpul kira-kira AS$128 juta sebulan duti kastam yang dicajkan ke atas barangan yang dihantar ke pasaran Palestin yang singgah melalui Pelabuhan Israel, dan kemudian memindahkan hasil itu kepada PA. - AFP
 

Advertisement