Anda di sini

JSJ Kontinjen Sabah catat kedudukan empat terbaik penyelesaian kes di Malaysia

Advertisement
 Idris menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Sabah di sini.
CEMERLANG: Idris menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Sabah di sini.

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mencatatkan kedudukan empat terbaik bagi  penyelesaian kes jenayah di seluruh negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris
Abdullah berkata pencapaian itu berdasarkan penyelesaian membabitkan 75.68 peratus kes yang diterima sepanjang tahun lalu.

“Peratusan ini meletakkan IPK Sabah pada kedudukan ke empat dalam ranking penyelesaian kes jenayah di seluruh negara selepas Kontinjen Sarawak, Kedah dan Perlis.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh warga JSJ yang berusaha memberikan pencapaian terbaik dan saya harapkan pencapaian ini diperbaiki dan ditambahbaik selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan IPK Sabah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Idris berkata sepanjang tahun lalu, JSJ merekodkan peningkatan jenayah indeks iaitu sebanyak 19.41 peratus membabitkan 4,103 kes berbanding 3,436 kes pada tahun 2021.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pula mencatatkan peningkatan bilangan tangkapan iaitu sebanyak 13,600 tangkapan berbanding 8,758 pada tahun sebelumnya.

“Nilai rampasan dadah pula menunjukkan penurunan iaitu sebanyak RM6.09 juta berbanding RM17.4 juta pada tahun 2021.

“Usaha secara agresif ini perlu dilakukan dengan meningkatkan ‘Intelligent’ dan operasi bersepadu bagi memastikan negeri ini tidak dijadikan pusat transit dadah ke rantau Asia Pasifik,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Sabah merekodkan penurunan kes dengan 7,025 kes tahun lalu berbanding 7,766 kes pada tahun 2021.

“Nilai kerugian kes komersil bagaimanapun meningkat kepada RM98.3 juta berbanding RM60.5 juta pada tahun sebelumnya dan tindakan agresif bagi kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian yang besar.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah turut merekodkan peningkatan kes kemalangan 29 peratus iaitu 18,191 kes tahun lalu berbanding 12.959 kes 2021.

“Kes kemalangan maut turut meningkat 255 kes tahun lalu berbanding 205 pada 2021 dengan membabitkan kematian 280 tahun lalu berbanding 234 pada 2021,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement