Anda di sini

JKR diminta segera siapkan pembaikan laluan Ranau-Sandakan

Advertisement
 Takungan air di laluan utama berhampiran sebuah supermarket yang tidak dapat dilalui kenderaan kecil.
MASALAH: Takungan air di laluan utama berhampiran sebuah supermarket yang tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau diminta untuk menyegerakan pembaikan laluan utama berhampiran sebuah supermarket di sini untuk kemudahan pengguna yang menggunakan Jalan Ranau - Sandakan.

Masalah perparitan yang menyebabkan takungan air menyebabkan pergerakan lalu lintas menjadi perlahan sehingga berlakunya kesesakan di kedua-dua arah.

Keadaan itu dipercayai disebabkan pembentung yang sudah usang dan tersumbat dengan sampah sarap menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Seorang pemandu pelancong Ikram Abdul Suradi berkata keadaan itu juga menjejaskan industri pelancongan di daerah terbabit termasuk banyak tempahan pelancong terpaksa dibatalkan.

“Keadaan lalu lintas yang perlahan dan teruk juga menyebabkan pengunjung membatalkan pelancongan mereka ke Ranau serta Kundasang,” katanya.

Beliau yang mewakili pengusaha pelancongan berkata kerajaan sepatutnya peka dengan masalah kesesakan jalan raya yang teruk disebabkan keadaan laluan yang rosak.

“Masalah jalan di kawasan terbabit ini bukanlah perkara baharu dan malangnya sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian dan masalah ini berulang setiap kali musim tengkujuh.

“Takungan air di laluan itu juga menyebabkan ianya tidak dapat dilalui kenderaan kecil dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement