Anda di sini

Hajiji terima pelan tindakan TPB2030 TERAJU

Advertisement
 Md Silmi (kiri) menyampaikan pelan tindakan TPB2030 kepada Hajiji (kanan) semasa kunjungan hormat itu.
TERAJU: Md Silmi (kiri) menyampaikan pelan tindakan TPB2030 kepada Hajiji (kanan) semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menjayakan program dan inisiatif pembangunan bumiputera di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi TERAJU yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Md Silmi Abd Rahman di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Semasa kunjungan itu, Md Silmi memberi taklimat kepada Hajiji mengenai Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030), pelan hala tuju 10 tahun yang menggariskan strategi dengan program dan inisiatif pembangunan yang ketara dan terperinci untuk memberikan impak yang boleh diukur kepada bumiputera.

TPB2030 adalah kesinambungan dasar dan rancangan bumiputera terdahulu dengan tujuan memperkasakan ekonomi bumiputera bagi memastikan kemampanan dan kesaksamaan, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) supaya tidak ada bumiputera yang ketinggalan.

Turut hadir, Pengarah TERAJU Samsulkamar Mohamad Ali; Pengarah Bersekutu Noorezly Aimy Mohd Noor dan Muhammad Hilmi Abd Adzis serta Ketua Program Sabah Md Redzuan Rahman.
 

  • oleh
  • Advertisement