Anda di sini

51 maut dalam dua tragedi di Pakistan

Advertisement

Sepuluh kanak-kanak lemas bot karam, 41 rentung nahas bas di wilayah barat daya

Penduduk melihat bangkai bas yang hangus di Bela, daerah Lasbela setelah terjatuh dari jambatan, kelmarin. - Gambar AFP
Penduduk melihat bangkai bas yang hangus di Bela, daerah Lasbela setelah terjatuh dari jambatan, kelmarin. - Gambar AFP

PESHAWAR: Sejumlah 51 kematian direkodkan dalam dua kemalangan berasingan di barat daya Pakistan kelmarin, menurut pegawai polis tempatan.

Sepuluh kanak-kanak lemas apabila bot yang dinaiki karam manakala 41 rentung setelah sebuah bas terbabas lalu terhumban dari sebatang jambatan dan terbakar, menurut pegawai polis tempatan.

Kesemua mangsa lemas setakat ini ditemui di tasik Tanda Dam berhampiran Kohat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan berusia antara tujuh hingga 14 tahun, menurut pegawai polis tempatan Mir Rauf. 

Rauf menyatakan  11 kanak-kanak telah diselamatkan, dengan enam dalam keadaan kritikal.

Bot itu membawa kira-kira 25 hingga 30 pelajar dari sebuah madrasah tempatan yang melakukan lawatan sehari ketika ia terbalik.

“Satu operasi menyelamat sedang dilakukan,” Rauf memberitahu AFP.

Sementara itu di daerah Lasbela, wilayah Balochistan, bas penumpang terbabit hangus terbakar setelah terjatuh dari jambatan berkenaan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kejadian lemas beramai-ramai biasa di Pakistan, ketika kapal yang usang dan terlalu penuh hilang kestabilannya karam.

Ramai tidak tahu berenang terutamanya wanita yang  tidak digalakkan untuk belajar disebabkan oleh norma sosial konservatif.

Pada Julai, 18 wanita lemas apabila sebuah bot yang terlalu penuh dengan tetamu majlis perkahwinan karam ketika merentasi sungai Indus di wilayah Punjab. – AFP
 

Advertisement