Anda di sini

Tawi-Tawi perlu ambil peluang pelaburan di Sabah

Advertisement
 Christina (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Gabenor Yshmael.
TERIMA KASIH: Christina (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Gabenor Yshmael.

KOTA KINABALU: Wilayah Tawi-Tawi diminta untuk mengambil peluang pelaburan serta perniagaan yang terbuka luas di Sabah

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi-delegasi dari Tawi-Tawi, iaitu sebuah wilayah di Filipina yang terletak di kawasan Bangsamoro Autonomous, Muslim Mindanao.

Rombongan berkenaan terdiri daripada 10 ahli delegasi diketuai oleh Gabenor Wilayah Yshmael 'Mang' I. Sali yang menjelaskan jarak diantara Sabah dan Tawi-Tawi di wilayah berkenaan dekat serta sangat berpotensi.

"Memandangkan kita merupakan jiran terdekat, tidak dinafikan wujud potensi besar untuk mengadakan kerjasama khususnya sektor pelancongan.

"Kita juga bersama-sama boleh menerokai peluang pertukaran pelancong diantara kedua-dua destinasi ini untuk manfaat bersama," katanya.

Sementara itu, Penasihat dan Perunding Ekonomi Wilayah Sulay Halipa berkata, kunjungan dilakukan ke Sabah adalah merupakan lawatan timbal balik dari pihaknya selepas Presiden Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC) Datuk Frankie Liew mengadakan lawatan ke Tawi-Tawi pada September tahun lalu dan berjaya bertemu dengan pemimpin di wilayah berkenaan.

"Kita juga akan melihat kepada kerjasama ekonomi diantara kedua-dua pihak khususnya dari segi perdagangan, pelancongan dan perikanan," katanya sambil berterima kasih kepada Frankie yang menjayakan pertemuan itu dengan Christina.

Rombongan berkenaan juga menjelaskan mereka telah memperolehi banyak maklumat dan prospek pelancongan di Sabah selepas satu taklimat dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakin dan Timbalan Presiden SCCC Brett Chua.

Noredah berkata, 2019 merupakan tahun terbaik yang direkodkan industri pelancongan di Sabah dengan kehadiran 4.2 juta pengunjung.
 

  • oleh
  • Advertisement