Anda di sini

Sabalenka tumpaskan juara Wimbledon, Rybakina 

Advertisement
 

MELBOURNE:Aryna Sabalenka yang penuh emosi berkata ia akan mengambil masa “beberapa hari lagi” untuk menyedari keadaan selepas bertarung dari ketinggalan satu set untuk menjulang gelaran Grand Slam sulung di Terbuka Australia pada Sabtu.

Pemain Belarus itu rebah ke gelanggang dengan air mata selepas menang 4-6, 6-3, 6-4 ke atas juara Wimbledon, Elena Rybakina dalam acara 2 jam 28 minit di Rod Laver Arena.

Sabalenka. berusia 24 tahun mengesat air mata sebelum mendapat pelukan daripada rybakina kelahiran Moscow.

Sabalenka, pemain pilihan kelima, kemudian berlari ke kotak pemainnya untuk meraikan bersama pasukannya.

“Terima kasih, pasukan saya, pasukan paling gila dalam siri jelajah ini. Kami telah melalui banyak perkara, sejak tahun lepas,” kata Sabalenka ketika berucap kepada pasukannya selepas menerima trofi berkenaan.

Beralih kepada kekalahan ke-22 Rybakina, dia menambah: “Kamu seorang pemain yang hebat dan sudah tentu kami akan bertempur lagi, mudah-mudahan di final Grand Slam.”

Ditanya pemberita sama ada ia perlawanan terhebat yang pernah da mainkan, Sabalenka berkata: “Saya akan katakan ya. Dia bermain tenis yang sukar dipercayai.

“Saya berjuang keras untuk memenangi perlawanan ini. Saya rasa perlawanan itu hebat ... Saya benar-benar menikmati pertempuran ini.

Sabalenka kini akan naik ke tempat kedua dalam ranking dunia di belakang Iga Swee dari Poland.

Perlawanan akhir itu merupakan perlawanan yang menarik dan sengit, ketepatan servis dan pertukaran kencang daripada dua pemain di puncak prestasi mereka.

Ia merupakan penamat yang sesuai untuk dua minggu drama dan kejutan di Melbourne Park.

“Saya memerlukan beberapa hari lagi untuk menyedari apa yang baru sahaja berlaku,” kata Sabalenka kepada Channel Nine Australia.

“Ya Tuhan, saya terkelu, jujur.”

Rybakina mendapat saguhati untuk memasuki kedudukan 10 teratas buat kali pertama, selepas mara ke final Grand Slam kedua dalam tempoh tujuh bulan.

Dia tidak dianugerahkan mata ranking untuk kemenangan Wimbledonnya kerana larangan ke atas pemain Rusia dan Belarus di sana.

“Saya tidak fikir esok saya akan berasa berbeza hanya kerana ranking sekarang,” kata Rybakina yang kecewa, yang sepatutnya naik ke tangga ke-10 daripada kedudukan ke-25 ketika ini apabila ranking baharu didedahkan pada Isnin. — AFP 
 

Advertisement