Anda di sini

Lelaki hilang dibaham buaya

Advertisement
 Tangkap layar video mangsa ditarik oleh buaya berkenaan yang sempat dirakam oleh rakannya.
TULAR: Tangkap layar video mangsa ditarik oleh buaya berkenaan yang sempat dirakam oleh rakannya.

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing hilang selepas dipercayai dibaham buaya di Sungai Pegagau, di sini, semalam.

Mangsa berumur 36 tahun itu dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di sungai berkenaan bersama tujuh rakannya kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun, ketika cuba melepaskan tali pancing miliknya yang tersangkut, mangsa tiba-tiba diserang seekor buaya sebelum ditarik masuk ke dalam air.

Difahamkan, insiden mangsa yang berasal dari negara jiran itu turut sempat dirakam rakannya yang berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Abdul Kadir Ab Halalan ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dijalankan, namun sehingga kini masih gagal ditemui.

“Operasi hari kedua diteruskan hari ini dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement